Sunday, December 21, 2014

diri.

tiada yang mustahil selagi kau percaya adanya kuasa infiniti tuhan. kau yakini dia, kau percayai dia. selagi kau terus cuba dan cuba, kau akan rasa kejayaan yang menunggu kau. 

aku. pernah aje aku kecundang. dah nyaris nak menyerah. pernah juga salahkan orang lain dengan kegagalan aku. padahal salah sendiri. buat apa nak tunding jari kat orang lain. 

tuhan tu punya kuasa. dia tahu apa yang kita perlukan, apa yang kita tak perlukan. 

dia takdirkan kita gagal sebab nak bagi kita sedar, yang dunia ni tak selalunya di atas. adakala kau kena duduk kat bawah. tak boleh juga kalau sentiasa duduk kat atas. takut nanti lupa diri. manusia kot. selalu aje lupa diri bila dah rasa gah. buat apa nak gah? padahal kau cuci berak pun mengharapkan ada air/tisu. bila tak ada, mula merungut, bising kata fasiliti tahap cap ayam. 

tuhan tak pernah kejam. bila aku gagal, aku cuba fikir sebaik mungkin. bukak minda aku biar positif. ya. ada rahsia tuhan cuba tunjukkan. dia tahu aku perlukan kekuatan daripada segenap ruang. dia bagi aku insan-insan yang istimewa yang sedia terima aku sebaiknya. aku tau aku bodoh, lembab, lembik, pelik. hakikat, aku juga manusia. ada silap ada betul. biar aku jadi diri sendiri. ada salah tegur elok elok. bukan caci belakang. 

ingatlah, dunia ni kejap aje. kejarlah kejayaan yang boleh bawak kau ke dunia satu lagi yang kekal lepas kau mati nanti, dengan kejayaan yang sebenarnya. bukan sekadar berjaya dunia tapi dekat sana, kau kecundang banyak hutang dengan orang lain. aku sendiri tak sedar kot kot aku ada hutang dengan orang yang aku tak kenal. sedar diri, beb. 

aku dah lama tak merepek kat sini. chow..