Friday, March 28, 2014

#20

pembersihan besar-besaran ke atas blog aku ni. aku buang segala entri lama yang bagi aku dah tak ada makna untuk aku. mungkin ada maknanya. tapi tiap kali aku buka blog aku, segalanya, macam kosong. sangat. so, this my path that i chose. 



28 march. 

it's my birthday. dan aku nekad untuk mengubah diri aku menjadi yang lebih baik. klise? tapi itulah nekad hati aku daripada mula baligh sampai sekarang. mungkin sampai bila-bila. nak istiqamah, mungkin payah, tapi, aku boleh cuba. bila kecewa terus emosi kuasai. itu yang aku nak ubah. terlalu negatif. lebih baik buang awal-awal takut nanti melarat teruk, sampai ke tua.

bila lihat zaman sekeliling, banyak benda dah berubah. ternasuk dunia yang makin tenat. tenat, penat menampung manusia otak sempit. sedih. tapi apakan daya. itu hakikat. isu kapal terbang hilang, nak salahkan pihak itu, pihak ini, pihak itu ini. bila kena hina, salahkan pihak itu ini. sekarang, kena fitnah pula dengan CNN, Fox News, katanya, "muslim malaysia ialah pengganas." kepercayaan aku pada US, memang dah lama pudar, sejak 9/11 lagi. tapi aku sedih, rakyat malaysia tetap sempit. tetap nak bertekak pasal politik bawaan yahudi laknat. apakan daya, akhir zaman. 

otak akan terus sempit bila ego kuasai diri. 

fikirkanlah.


No comments:

Post a Comment